May 16, 2012

Mr A ku

Aku..student interior Design.
Interior Design tu pun aku tak tau apa kebenda...sampaila aku jejak kaki ke Uitm Shah Alam,universiti yang aku tak jangka akan mempertemukan aku dengan yang tersayang.

Aku.
Masa sekolah menengah,awal peringkat seorang yang malu2 kucing.Sangat pemalu..nak cakap pon tunduk2.Kau mampu?Untuk hilangkan kegugupan,aku menyertai banyak pertandingan,untuk membina keyakinan diri.Walaupun dikenali di sekolah,tapi masuk Universiti sifat pemalu tu kembali semula..tapi aku ni seperti org yg disenangi,jadi aku mempunyai ramai kenalan lelaki.

Aku.
Susah berkawan dengan budak perempuan secara detail..bukan sebab aku tak suka diorang,tapi aku ni terlebih matang,so aku memilih sedikit untuk untuk berkomunikasi..harus yang sekepala dan ada potential.Tapi aku secara kasarnya ok saja.Nak dijadikan cerita,nak kata aku hot,mmg x hotla..aku baik dgn ramai kawan lelaki,tapi dgn si A langsung xberapa baik.Sumpah,dalam hati aku pernah cakap,sombongnya budak ni.Aku tak suka sngat beliau masa tu sebab muka beliau garang,tapi mengakui beliau comel sebenarnya.

Aku tak tahu si A ni ada hati pada aku,sebab dia tak pernah tunjuk.Dia pernah baik sekejap dengan aku,masa project Islamic part 1..lepas tu kitorang da buat hal masing2.Aku tak tahu yang beliau sngt "eksaited " dapat group dgn aku.Rupanya dia minat dah lama..tapi senyap2 jer..macam macho sngtla kan buat derk2..ceh!

tah macamana,lepas kisah suka ni terbongkar oleh seorang kawan,yang menyampaikan pada aku,buat si A rasa malu..dan takut kalau lepas tau aku reject dia.hahahahaha...Aku plak seorang gadis yg tak pernah kapel..aku macam cakap dalam hati,perlu ke aku berkawan dulu dgn dia?Lepas pk dan pk..why not?kawan je pon!So,aku kawanla seperti biasa dgn beliau,cuma beliau yg start rasa kurg senang ..sebab malu kan..orang ramai dah tahu.

AKu slumberlan..wat derk dgn gosip2 tuh..sampaila..dia berani nak ajak keluarla..temanla beli brg...lama2 jadi rapat..tapi tak declare papepon.Lama juga..dalam 6 bulan kitorang baik..Bergayut?xyah cakap!!Si A ni dah angau dah..dengan aku..Masa hujung tahun,dia luah cakap..dia suka..and kalau aku sudi nak kawan lebih jauh.

Sampaila pada tarikh 15 December tuh,sampai skg da nak masuk 8 tahun kami kawan.Pahit manis maung,da rasa banyak dah.Gaduh..skandal..benci..suka..rindu...semua terangkum..Kami adalah pasangan yang opposite dr segi pendapat..Selalu gaduh..tapi cepat baik.

Sekarng,xsangka..dengan izin Allah,aku dipanjangkan hubungan dgn dia..walau macam2 badai da hadapi sepanjang tempoh berkawan.daripada takde kereta sampai ada kereta...saling membantu.Dia kawan suka dan duka aku..mendengar masalah aku walau kadang2 dia taknak dengar..bertanggungjawab atas apapun bebanan and benda yang berlaku..hati mulia..walau hot temper kekadang...dia baik..sweet and perangai budak2..tp sebab bende2 tuh buat aku selalu senyum sorg2..kau ade ke tunang yg ske wat perangai kt pasaraya??troli barang tuh dia bawak laju2 and diri kat atas tempat roda tuh..hahah..kau nak ade fiancee yg boleh kembangkan hidung tahap maksima sambil wat mulut itik?hahah...yg penting,kami da takde apa yg nak disorokkan secara kasar..segalanya ditaggung bersama..menangis bersama..suka bersama...dengan rasa cinta,sayang dan kasih.

untuk encik A...terima kasih bertahan dengan aku..aku seorang yg temper juga kadang2..semoga perjalanan ini dirahmati oleh yang Maha Esa.

Amin!
oh berdebar plak!

No comments:

Post a Comment