August 29, 2012

Update Baru diriku

salam.

Kalau dilihat dengan mata kasar bulan terakhir aku menulis adalah pada June 2012.Sekarang da nak masuk bulan September.Technically hampir 3 bulan aku sudah menguburkan cinta dalam bidang penulisan.Nampaknya,selepas berumah tangga macam entah kenapa aku seperti semakin malas nak menyimpul cerita.

Technically counting juga kini genap 3 bulan aku bersama suami tercinta.Sejujurnya aku bersyukur pada setiap apa yang aku makan,minum,tinggal dan apa jua rahmat yang Allah beri tak kira besar atau kecil nikmatnya.

Hari raya sudah berlalu dekat hampir seminggu.Selamat hari raya aku ucapkan dulu pada semua bloggers dan org2 yang sudi baca blog aku.Aku sedar aku memerlukan sedikit masa untuk mengubahsuai blog ni..tapi mood belum mari.

alhamdulillah..Rumah aku da ade rupa rumah skit..Penat dengan kerja mengecat..mengubah suai dan sebagainya.Daripada segi kerjaya,aku sekarang menunggu keputusan drpada company aku pergi interview itu hari.Tengokla rezeki aku masih dalam bidang ni atau pon tidak.

Apapun,baru2 ni terima pertanyaan tempahan bunga setelah sekian lama kan.Takpela..sekarang juga aku tengah giat menulis novel..hobi aku waktu kecik2 dulu.menulis cerpen dan cerita2 sudah aku buat lama dahulu.Banyak cerita aku tertangguh..Masa sekolah menengah aku pernah kolaborasi dgn kawan aku buat novel remaja pertama ktrg yg pernah dipublish ke market.Itula satu2nya novel pertama yg pernah muncul.Kemudian aku hanya banyak menulis untuk majalah sekolah.

Lepas masuk U,minat terus terkubur kerana kekangan masa.Sekarang,aku harus memulakannya semula.Siapa tahu,aku ada rezeki kelak.yang penting jangan pernah berhenti mencuba sesuatu yang disukai.Aku snagat teringin menceburkan diri dalam bidang perniagaan.Buat masa ni modal belom ada,tapi insyaAllah dgn semangat akan ada juga jalan keluar.

Apapun aku tak mahu berkejar melakukan semua dalam satu masa.Sekarang fokusnya aku mahu menulis.Target,akan cuba ,menyiapkan novel ni dalam masa 2 bulan..dan mencari indie publisher untuk membeli.

Wish me Luck!

=_))