April 17, 2015

perkenalan yang berhabuk

Assalamualaikum dunia.
ALLAHU.
Betapa bersarang dan berlumut blog kecintaanku suatu ketika dulu.Maaf.hidup ini perjalanannya pantas.segalanya tak dapat dikejar kerana busy dgn urusan seharian.

Apa khabar yang membaca?
Jika sudi.sebenarnya..minat aku adalah menulis tapi entah kenapa duduk bertapa lama tidak berusik blog aku ni.sedih nak padam.usahkan blog diari sendiri pun tak pernah buat sejak bekerja.

Alhamdulillah.kehidupan dan cabaran dilalui setiap hari semakin seronok dan survival.dulu single kemudian berkahwin dan nah..pinjaman anak kurnia Yang Esa lengkapi hari.

Adam.
Nama si comel.
Gembira.geram.nakpetir.melting.semuanya ada sejak bergelar ibu.Adam sudah menginjak 10 bulan.setiap hari adalah pembelajaran baru untuk aku.juga buat Adam.

Sekarang..aku dalam proses untuk menyiapkan sebuah journal untuk anak aku..sebagai tanda kenangan..hadiah untuk dia bila dewasa kelak.insyaAllah.dalam journal tu aku expresikan segalanya..tentang banyaknya kasih dan cinta yang aku semai dgn babahnya pada Adam.

Kerna apa.
Kerna aku berharap suatu masa dan ketikanya Adam mengerti betapa ibu bapanya adalah yg plg cool dlm dunia..and he proud to have us.moga dgn melimpahnya rasa syukur dan cinta dlm journal no mampu berikan dia inspirasi untuk survive di hari mendatang.

Stay tuned!

January 23, 2014

4 bulan

4 bulan 2 minggu.
Yaa..ceritanya lompat lompat si katak lompat.tak sempat nak mengupdate cerita selama 4 bulan ni.penat.bizi.

Itu adalah bulan yang penuh makna.
Itu adalah usia kandungan aku skg.Alhamdulillah.Allah Maha Penyayang.4 bulan lalu,sewaktu aku baru 3 minggu bekerja di tempat baru,aku dikejutkan dgn berita yg tidak disangka.

Mari aku flashback..atau bahasa trending skg #throwback.hehe..demi tuhan,aku alami kekejutan yg amat sngt waktu mula bekerja disini.pertama,persekitaran yg berbeza,kedua bidang yg sedikit berbeza..dan pastinya tekanan global yg berbeza.2 minggu bekerja aku sudah almost give up.mood menjadi pusing.menjadi depress x tentu hala.menambah ke stressan tu adalah bila aku tak datang period sudah 7 hari.

Hari sepatutnya due p adalah 13hb tapi seusai 15hb waktu pulang beraya haji,aku masih belom p walau perut sudah ada tanda seperti mahu keluar.masa di kampung suami ku alami demam yg teruk.selsema demam yang xda angin ribut.dan aku pula struggle dgn sakit perut cramp ala2 nak p tapi tak p.

2 3 hari aku pkai protection sb sudah rasa p akn muncul..malangnya tiada.aku da risau.aku ni mmg cpt risau bab2 period cycle.aku pon masih wat bodo.dlm masa sama,pada 18hb aku alami pening kepala tahap dewa sakti.denyut2 yg melampau.aku da pelik.aku stress ke.pulang dr kerja..ke kl sentral aku rasa mau demam.jln terhuyung hayang pening.dan perut super lapar.

Lepas makan suami ke 7e nk beli bateri.aku tiba2 terdetik nak beli upt kit.memandangkan p da lebih dr time.aku x berharap.betul.x terpikir langsung.aku cuma takut klau penyakit je.malam tu tidur di rumah mertua..suami ke melaka.

Esoknya subuh..aku terjaga nk solat subuh..aku loya..aku da blur2..apehal aku rasa x best ni.aku pon tringat upt....dlm mamai2 aku celup..malas nk tgk sb takut hampa..tapi..tiba2...jeng jeng...naik 2 line terang seterangnya..aku kaku dlm bilik air.hurm??????

Xpuas ati aku amik lg satu upt murah watson celop skit je..sb yg ptma tu tercelop byk..kut2ralat.yg kedua pon terang.aku da..betul ke betul ke..xnak berharap lg,ketuk pintu bilik adik ipar.bgtau dia.dia da eksaited.aku ckp lek lu..kita beli one more upt tghari nti.sampai tghari aku pi beli yg mahai skit harga 13.90.aku celop time petang..org kata klu da ptg ni x accurate sngt..sb da mkn mcm2 so urine akn berubah.tp aku xkira check gak.naik terang jgk 2 line.aku da berpeluh2...preggy ke aku?,? Da ler hubby xde waktu tu.aku simpanla sorg2 dulu.

Lepas suami balek aku bgtau..dia xtau nk react camne.sebab ktrg da alami byk situasi sblum ni wat ktrg hati2 xmahu tlalu happy..aku biar lg..sampaila hari selasa berikut..ptg tu aku test skali lg upt brand clear blue yg super mahal tu..yg digital.dgn penat2 letih da kol 9 mlm aku test kt toilet opis.

Berdebar waktu tu..tunggu punya tunggu...tup..pregnant 3+ week.ok...aku da xtau nk jerit ke senyum ke apa.bgtau hubby..muka berubah.terus decide nk pi check kt doc.so hari nk check tu mmg berdebar gila.takutnya hati.ckp kt doc yg period da dekat seminggu lebih x dtg..doc ckp da try upt.cakap dah.so positif?doc tnya.aku angguk.dia pon watla prosedur scan perut n tvs...dan dia sahkan aku mmg preggy 5 weeks,dan so far kandungan mmg dlm rahim..alhamdulillah.xtahu nk ckp pe.nak nagis sdmahunya waktu tu.ada dot hitam kecik.je.da confirm baru tepon parents bgtau..aamiin.doa termakbul.terima kasih tuhan.terima kasih.

Nanti aku sambung cerita seterusnya..mana yg masih aku ingat..aku doakan dkalian juga akn menerima berita gembira kelak.jgn pernah berhenti berdoa.tenang.dan teruskan hidup.

September 14, 2013

visualizer cum wedding planner...i love my life

3Salam pagi sabtu.
Haruslah hari cuti begini bergolek golekan lagi atas tilam.Program harini akan ke kenduri kawen kwn bapak mertua..haa jgn salah baca.kawan dia punya yang kawen,bukan bapak mertuaku..choi..kena parang ngan mak mertua ku nanti..hehehe

Sebenarnya..aku ada satu berita gembira.AKU DA DAPAT KEJA BARU..yeay..tempat yang mencabar minda aku tu lah..aku da kena panggil ngan director and da buat english test.alhamdulillah...ini rezeki Allah bagi pada aku.apa yang menarik..satu satunya company yang aku baru rasa nikmat menjaga staff.claim,ot,medical,transportation,insurance,condolesence,beranak suma ada bahagian2 yang diberi.Aku bukan mengejar $ tapi sekian lama aku berharap nasib pekerja swasta bidang design ni (spt previous place) menjaga kebajikan pekerja.please.appriciate.

Sekurang2 kalau aku work hard...mereka beri pulangan yang setimpal.dan kalau berlaku kecelakaan kau tak tergolek katak tanpa apa2 benefit selain socso cover kau.this is why people are queing to get the oppurtunity to work with MMC or GLC..because of their benefit.rumah ko berlaku bah pun mereka concern.Alhamdulillah..i just hope i can do well for them.

I only have 1 week to make use my leisure time.lol.again,i believe in rezeki Allah.There's time i feel down..deeply down,but i told myself..dont stop trying and make du'a.one by one rezeki Allah give to me .meanwhile,i am busy to settle down a few wedding work.2 hanbouquet for december wedding..and 1 full package pelamin + guest area.i love wedding.im gonna do this as part time..because i want to get more experience first.

Semalam..aku borong bunga..untuk pelamin.jatuh cinta aku dengan combination sweet colournya..aku tak sangka tangan aku ni menjadi juga gubah..sebelom ni xpernah gubah.cincai labu aku.ada a few things je lagi nak kena beli..kain langsir peach and kain tuk bantal..easy peasy.yang lain..aku da byk settle.ahhhh..AKU SYG BANGATTTT LAKI AKU!Dia support minat aku and belanja aku beli jet stand pelamin.♥♥♥♥♥mekasih syg..siap bagi extra2 money utk beli hard things utk kegunaan kahwin.thank u syg!!

Inilah gunanya..masanya..tujuannya..menjadi isteri yang tak pernah komplen and mintak itu ini pada husband.ye..aku bukan perempuan yg merengek2 nak itu ini.i try to find my way to get that..tapi bila kita camtu..husband xkan teragak bagi kita,ikut kemampuan dia.so ladies out there,stop being childish.kalau suami minat sukan Paintball aku tak halang and kacau..aku biarkan,beri freedom..he will do the same thing to you..just bersabar and enjoy.Wedding stuff adalah my interest,so aku tak rasa penat tapi seronok.

X sabar nak upload..nantilah..da setel aku promote...May Allah guide me always.mucho love.

August 26, 2013

SABAR la Sabariahhhh

SIAPA YANG TAKNAK ANAK?

haa..nampak tak caption beso tuh?emo?dulu yer aku emo tahap gaban bila orang keep asking me,bila nak ber3????tapi skg..aku da cool..watlek watpis sambil makan kacang masa raya lepas.

wahai sekalian umat Islam yang ku kenali..makcik pokcik..esp..kurang ajar kalau kita tanya balik diorang
"Pakcik..makcik...agak2 tahu tak bila malaikat maut nak cabut nyawa?"

haa..ganaskan soklan tu..tapi aku tak jahat dan sampai hati nak lontarkan soklan tu pada orang-orang tua.Bersangka baik.Mereka tanya mereka concern.Concern ke?Bagi aku..kita senyum jelah.Aku tak pernah kisah kalau orang itu bertanya dengan nada yang lebih lembut dan diakhiri dengan..takpe,doa banyak2..dont rush..instead of,"Bila nak ber3 ni??"dengan lantang bertanya dihadapan orang-orang yang rapat dan penting dengan kita macam ibu bapa..ibu bapa mertua?Can we..as society learn how to use proper communication?dude,kalau anak ni seperti kita mengeluarkan produk dari kilang,i will..i will spend to have that factory.Malangnya,TIDAK.

is a gift from Allah.ALLAH.can read this?yer..dari Tuhan kita Yang Maha Penyayang..lagi Maha Pengampun.Now,i would like to say,da lali..dah sampai rasa takda perasaan dan air mata dan takde kudrat dah nak keluar air mata,because life must go on.Usaha..jangan risau..itu antara aku dan Tuhan.Cuma,aku minta...pada kalian yang membaca entry ini,please..respect..and think before speak.

Masa kita ada,kita akan cakap dan bertanya dengan mudah.Contoh..anda bertuah memiliki 4-5 orang putera puteri jadi anda akan berasa mudah dan senang untuk bertanya pada orang lain bila kau nak ada ni?kau rancang ke?

Cuba Tuhan beri kau ujian macam aku..mesti kau terdiam.Kau akan faham kelak bila insan kau sayang tiada depan mata.Kau akan tahu perasaan orang yang ingin tapi tiada masanya lagi untuk mereka.Tapi aku tak marah..aku biarkan saja dan aku maafkan.Aku hanya enjoy dengan kehidupan yang ada.Berloving2 dengan suami yang memahami.Kita cemburu dengan kehidupan lain sampai kita terlupa untuk bersyukur dengan kehidupan yang kita ada.

let people talk..u keep move forward.
Keajaiban itu selalu ada.Kita mesti positif.Kita mesti yakin.Pergantungan kita dengan Tuhan.Pekakkan telinga dengan gurauan kasar yang pernah kita terima..kerana Tuhan bersama dengan orang2 yang sabar dengan ujianNya.

PEACE!
=)


kerja + interview

selamat tengahari.selamat petang.
lepak melepak..takda kerja lain.Menunggu customer amik order..jarang2.Bisnes seni suam2 suku,tapi masih diteruskan.Jangan risau dengan rezeki Tuhan.Janji kau usaha je.Cerita terbaru,aku dalam menanti 30 percent,untuk berpindah ke tempat kerja baru.Almaklumlah,da setahun aku buat freelance yang ada angin dan kadang2 takda angin.Angin kentut adalah.

Mencuba nasib yang tidak dirancang.Aku ingat hantar resume,tunggu respond kemudian habis.Ini satu adventure baru bagi aku dalam bidang diinterview.So far,dalam 5 tahun bekerja ni,aku dah melalui 8 sesi interview.Muak weh.Setiap kali tu lah aku akan jadi pakar study dalam bidang syarikat2 yang aku rasa nak try kerja.Dari orang cina bossnya,melayu dan sampailah mat salleh.Dari bidang interior,Architecture sampai la bidang admin,aku gagahi kaki untuk disoal jawab.It makes me feel more confident.Kau bukan bercakap dengan orang bawah ok,tapi director and bos company.

tapiiii...dalam banyak2 interview aku pernah pergi untuk cari rezeki,company baru2 ni betui2 mencabar.Tak pernah aku kena interview dengan 3 orang serentak,and of course soklan yang bercampor aduk,from HR,Team leader,and Technical Leader.Kau boleh bayang tak macam kau ni adalah prisoners dalam tahanan kelas ke 4.haha..tapi aku kan selalu wat lek watpis.kembang kecut wat slumber ayamlah..speaking selagi boleh speaking.push selagi daya.

I thought it would end there.Just waiting for the result.Unfortunately,HR kata: 
"umm..so far we receive possitive comments,so please wait for our call,maybe in 2-3 weeks from now,because our director is not around.If you are selected,probably u will face one more interview"

oklah der..satu lagi?mm...susah betul.selepas hampir 2-3 minggu aku dengar position tu hold,ok aku pon step ahead looking for another.Tup2..last week HR call set  2nd appoinment dengan Manager.Oklah..aku pon pergilah..debor jugaklah..sebab manager ni ske tanya soklan unexpected.Dah..memang lepas interview mmg soklan pelik2 dia tanya aku.Aku tau lah ni mesti nak tgk level konfiden aku jer..yelah position yg aku mintak ni adalah dibawah team beliau.mesti dia nak nengok aku nyer personaliti bole go or not.As usual aku watlek watpis.

habis interview..dia cakap,
"Ok..umm..i interview u because they all said you r okay.So..if you are recommended by me,mm..probably u will have one more interview..with our boss..if she wants to c u personally.If not,maybe u will have the answer in short period.Anyway nice to meet you,and thanks for your time"

One more interview?oh my..gila susah kali ni..dari segi layanan and cara manager tu layan aku sngt nice weh..tgkla ada rezeki adalah untuk aku.Kalau Allah da tulis dalam Luh mahfuz macam tu.we go as plan.Kalau x dapek yang ni akan ku teruskan mencari lagi..so far,so good jer.

again..lek2  jgn putus asa.

June 11, 2013

Gigi Bracess Aku

hari ni hari selasa.11 Jun 2013.
Apa perubahan yang dah kau rasa setakat ni?Aku rasa panas badan dan pening2.Da dekat 2 minggu aku alami flu dan tak sedap badan.Mungkin kesan-kesan ubat tu.Kan orang kata makan clomid ni kau akan perasan feeling2 preggy...apepun aku hanya bertawakal.Allah lebih mengetahui.So ..progress yang aku boleh cakap aku tinggal lagi lebih kurang 3 hari nak due period..kalau period datang bertandang alamat hancur lagi harapan..kalau tak datang kena tgk jgk sebab apa..let it be lah.Tak mahu pikir.

Air buah zuriat pun dah minum.So tunggu jelah.ohh ya alhamdulillah akhirnya kedegilan my sister dapat dipujuk..alhamdulillah dia nak pergi check this week.=) sama sama tolong..insyaAllah dipermudahkan.

Aku tengah update blog bisnes skg..so ade banyak bende nak kena kemaskini..aku buat ni alone..tapi slowly got support from partner aku kak Linda..dia bakery punya org.So kami mulakan secara kecil kecil dulu..kutip pengalaman and buat untuk satisfaction.

Anyway tutup cerita tu..aku nak cite pasal kegembiraan aku melihat kat cermin yang progress bracess aku sangat awesome.yippy!!Aku da officially pakai selama 1 tahun 2 bulan.Sebelum ni kalau korg kenal aku..gigiku amatlah bersimpang siur..jalan berpisah arah!hahaha...sekarang alhamdulillah sign bayak da lurus..=p

lepas ni bolehlah dengan konfiden yang 200% aku meeting ngn orang..kalu tak selama ni nak gelak je cover2..malu2 ayam..skg aku boleh ketawa dengan sejujurnya..lol.Alhamdulillah..dengan berkat keberanian..yang susah dan sakit tu..ade kemanisan dah terbentang..

tutup mata..aku nak tunjuk something:
yang kiri tu sangat la tak tentu arah besi aku..turun bukit naik bukit..yang kanan tu da straight..dan yang belakang tu da pon ke depan...=)

ok..nasib korangla nak geli ke tak tgk gigi aku ni kan..untuk mak jemah sekalian..sesiapa yang ada masalah gigi yang jalan tak berturap atau melencong tu baik buat..untuk kesihatan gigi kita jugak.HygenicTempat paling banyak kuman membiak.Mari kita sama-sama share info kesihatan.Kepad ayang takut,jangan takut..demi masa depan anda.=)

mesti rindu nak bukak....nanti2...huhu ade lagi setahun mungkin..kalu xde masalah progress gigi.
ok dah.

SMILE!!!








May 28, 2013

Entry kali ni aku nak cite pasal kesinambungan cerita usaha untuk khalifah kecil.Ahaa..hujung bulan 4 aku dah stop amik GLA and Alfalfa...sebab nak beri laluan CLomid yang aku dapat daripada Doktor EE.Lepas je aku datang bulan on April,hari ke 2 aku dinasihatkan makan ubat tu untuk mengembangkan telur.Was-was juga pada mulanya sebab dengar feedback yang macam-macam daripada orang2 yang pernah makan..tapi kalau aku tak makan sampai bila-bilalah telur aku kecik.Kalau kecik camane sperm nak nak bertemu untuk proses seterusnya.

Maka..aku abaikan segala kerisauan di hati.Aku pun telan 10 biji selama 5 hari.So far takde side effect lagi.2 minggu lepas makan clomid aku takda selera makan..rasa cam malas nak makan walau perut lapar.Berat pun turun 2 kg.Aku happyla kan!Apa yang kau rasa cuma loya2 sikit..and ade rasa pahit2 dalam mulut.Yang lain ok.Takdelah pening2 sangat..so far ok.Tapi masuk minggu ke 3..aku cam rasa lapar..tapi tetap cuba kontrol la..minum air suam banyak2...cover lapar.

Alkisahnya hari ke 12 doktor buat appoinment untuk aku datang semula buat TVS.Nak check perkembangan telur lepas makan ubat.So semalam selepas menunggu 3 jam dekat Klinik ibu bersalin,aku pun dapat masuk.Berdebar jugak hati.Harapla ada berita baik.Doktor EE pon buat prosedur TVS.Dia tunjuk kat aku.
"Ni rahim you..ok..ni selaput rahim you"
aku pon tak paham..selaput rahim..ok.dia pon sambung :
"Selaput rahim you 6.4 bla bla bla...mm..not so bad"
.dia kata at least kena 6.Aku pon iyakan jela..pastu dia scan sebelah kanan..aku tak berapa nampak.Ada dot-dot kecik.Dok kata..
"Mm..you telur ada...tapi kecik..tak matang"
Aku cam frust skit.Pastu aku tanya..
"Doktor..kenapa telur saya jadi camtu?kecik?"
"Badan youla..hormon you..."

ok..masalah hormon telah merencatkan pembesaran telur.Sad.Tiba2 Doktor EE arah ke belah kiri
"Haaa....nampak tu"
"yang mana dok"
"Tu..yang hitam besar tu"
aku da senyum lebar...Alhamdulillah!
"yang besar cantik tu ...ada satu dekat rahim sebelah kiri you.Bagus..very good.Maknanya clomid tu beri kesan pembesaran telur you..ada effect yang baik"

Dia halakan scanner ke telur dan bacaan diameter aku mencecah 19.4.Aamin.Cukup matang untuk disenyawakan jika bertemu dengan sperm.

Aku senyum.Aamin.
Jadi Doktor EE da beri jadual la untuk aku menjalankan kewajipan sebagai isteri dan suami.Dia kata agak bagus .Kemudian dia cakap kita cuba dulu.Tengok keadaan you bulan ni.Jika tiada masalah dengan izin Allah insyaAllah jika sampai masa aku boleh preggy.

Tapi smeua ni rezeki.Kena tengok dulu.Kalau this time aku masih tak berjaya,Doktor akan teruskan beri second cycle untuk on CLOMID..kalau tak berjaya juga doktor akan mula start check tiup fallopian..takut tersumbat...Dan kalau smeua prosedur ni aku da lalui,telur da cantik,tiup normal..masih xpreggy barulah dok EE akan amik sample sperm dari suami.

Doa aku...buat masa ni,berharap...tiup fallopian dalam keadaan normal..dan boleh membenarkan sperm berlari2 girang bertemu ovum yang bulat cantik tu.Cuma aku tak begitu berharap tinggi tapi meneruskan untuk  menjaga kesihatan..dan berehat secukupnya.Nak jadi cerita,balik kampung haritu,tiba-tiba sepupu suami..isteri dia Kak Intan bagi aku buah zuriat.Buah yang da lama aku nak beli tapi tak beli-beli.Moga-moga ini beri petanda baik.Moga doa aku dimakbulkan.So malam ni baru nak try rebus..

Aku sibukkan diri dengan banyak kerja-kerja lain so aku memang tak terfikir sngt tentang khalifah kecil sebab semuanya rezeki Allah Taala.

Yang penting,aku bebas daripada sebarang penyakit wanita mcm pcos,cyst atau endo.Doktor kata rahim ok takda apa2.Aamin Ya rabbal al Amin.Alhamdulillah.Ujian pap smear haritu pon dah dapat result.Normal.Ok.Jadi sekarng kita tunggu je dengan sabar..setiap ketentuan Allah.

Oklah..tu je cerita pasal proses usaha aku...yang penting bersyukur dengan setiap pemberian.Makcik di kampung pesan..

"banyakkan bersedekah..inysaAllah berkat dan doa termakbul"
Aku pegang pesannya..memang setiap Jumaat aku bersedekah di Masjid/surau..dan kalau ada anak2 kecil baru lahir,bersedekah pada mereka..jugak pada anak2 yatim.InsyaAllah aku cuba bersedekah apa yang aku mampu...Ilmu pun satu sedekah.Aku pun tak lokek kalau ada orang tanya aku pasal nak mula bisnes macamane..ad ayang tanya..aku beriotahu apa yang aku tahu dan fikir.

Kawan-kawan yang abca blog ni..doakan usaha aku dna suami mendapat keberkatan dari yang Esa.=)

ok chow!nak buat kerja kawen!

Honeymoon & Kerja Kawen

Aku rindu mahu menulis..again,bila menulis perlu ada kekuatan dan emosi yang benar.Jika tidak penulisan akan nampak kosong dan tidak bermaya.Itulah yang terjadi.Kemayaan yang dahsyat aku alami.Sindrom MALAS.memang tak dapat dikawal.

25 hb Mei lalu..aku dengan gembiranya mengistiharkan hari anniversary yang pertama.Aku buat parti sikit2 kat rumah sambut berdua..Ade pe hal kan..makan kek batik berduaan..hehehe...



luckly rumah aku da aku decorate jadi studio..memang konsep rumah aku suka dua konsep.sebab rumah aku kecik dan comel so aku turn out jadi boutique studio..kalau dpt rumah besar sendiri nanti baru buat ala2 boutique ho0tel..cozy2 skit..
Anyway..hari jumaat sampai Ahad aku berada di Melaka..berhoneymoon katanya...moga honeymoon best ni membawa berita gembira selain merapatkan lagi hubungan kami sebagai suami isteri.I love him..Thank you hubby sebab melayan aku macam puteri.Ada banyak gambar belum edit and upload..nantilah aku upload..kalau rajin.heheeh....Kitorang stay dekat Majestic Hotel satu malam merasa nak duduk hotel 5 bintang sekali sekala.Sehari pon jadilah kan..memang sangat best...tipt top service..patutla org tak berkira nak spend more..sebab memang satisfied.Lepas kawen kami takde pergi honeymoon  yang betul2 jauh..jadi ni adalah mini honeymoon ktrg lah..
tu cerita honeymoon.

Last week aku mendapat rahmat rezeki Allah untuk buat PELAMIN and DECO untuk wedding seorang hamba Allah kawan kepada sister aku.Khabarnya dia nak kahwin Bulan November ni..so aku sedikit busy menyediakan konsep dan alat-alat mini PELAMIN..dan kerana marketing  strategy aku telah berjaya membuat beliau ambil byk package dari aku.Aku punya package ni affordable..simple and sweet..kalau nak megah2 sila pergi professional boutique lah..So this will be my PRECIOUS BABY lah untuk kerjaya aku sebagai wedding planner soon.Aku ni kan fleksibel..semua pon aku nak buat..dan mampu buat.Alhamdulillah ada rezeki sikit..barakah tu penting.
so pakej yang dia amik 
-mini pelamin nikah (xnak sanding katanya)
-photobooth and guestbook area
-sewa veil
-bilik tidur
-handbouquet
hantaran dia my isiter yang buat.Jadi sekarnag tengah menyiapkan beberapa bunga dan alat2 lain.Aku juga sudah menerima tempahan daripada kawan AP117 aku cik Illi Izzati untuk handbouquet bulan 2 nanti..InsyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk smeua client aku.
Jadi dengan sukacitanya aku nak launch projek kawen kecik-kecik aku untuk budget bride/simple bride dengan nama :



diharap sesiapa yang nak tunang atau nikah perlu majlis yang simple sweet and lain skit konsepnya..boleh placing kat email ni..nanti kita reply.leeyamorphosis@gmail.com.Nanti soon da ade a few project aku akan launch new blog untuk kerja kawen.Oklah tu adalah perancangan masa untuk mase depan.moga dapat memberikan kepuasan dan kegembiraan untuk client aku tuh.

do support me!love
xoxo!


May 3, 2013

kisah merepek

hujan.lebat benar hujan rahmat turun jumaat ni..dan aku ambil kesempatan ni untuk menulis tatkala menunggu azan maghrib..well da seminggu lpas checking doc gnae haritu so far aku tak terima panggilan dari drg so i assume i was ok..itu yg mereka kata klau tak kol u r fine.amin.

pejam celik da masuk may.teringat may lepas yg mana hujan bulannya aku bersanding di pelaminan indah..i couldn't believe the time running so fast..melayari alam rumahtangga selama setahun ni not so bad..memandangkan aku da kenal hubby ku terlalu lama so xde byk masalah sngt..mmg la ada smtimes we fight but it's just a small matter yg kita mudah jernihkan kembali.

anyway sejak kawen aku da eksperimen mcm2 food and yes im proud to be myself..semua food tu xpernah masak masa muda remaja tgk and santap je tau..hehe..bkn sb aku xske atau xmahu tp my mum x allow..tp tgk kami sume ok je bila da kawen :) 

new food da try nasi tomato...yeay jadik...hubby ske sngt nasi ayam n nasi lemak aku..okla tu dia suka sb mat cerewet mmg susah nk please!hehe..sbnarnya aku xtau nk merepek psl apa ni sb xde mood best nk karang..chow dulu la nk solat.assalamualaikum!

April 24, 2013

Ujian PAP Smear & Ovum

Selamat Pagi Rabu.
Alhamdulillah masih dikejutkan oleh Malaikat untuk Subuh diiringi bantuan jam henset yang berdentung seawal 6.20 pagi.Lepas mandi aku dah tak boleh nak lelap mata..sebab da segar bugar.Korang dah Subuh belum?Cepat-cepat tunai kewajipan pada agama bukan je pada negara macam nak mengundi tu .^_^

Alkisah semalam aku masih didatangi sengal-sengal lenguh tak best di belakang pinggang bawah macam aku kena last 2 weeks.Lemah wooo rasanya...akibat kekeliruan,aku cuba amalkan Kalsium yang banyak dalam satu hari..Alhamdulillah ada sedikit perubahan tapi still kadang-kadang dia datang.Aku nak cita sikit bab kesihatan wanita termasuklah period.Bagi aku period is common issue yang international.Tak perlu nak rasa malu or segan nak cakap pasal hal ni sebab ini perkara kesihatan yang the whole world tahu dan alami kerana kejadian ni adalah fitrah manusia.Your mom,your sisters even your friends pun akan alami setiap bulan cuma when it comes,guys you should take note.Ada perkara yang besar menyumbang kepada mood mereka ni..termasuk aku..hehehe..

tapi bukan tu aku nak cerita.
Semalam..aku decide nak jumpa doktor Eee..doktor sama yang buat scan perut aku beberapa bulan lepas.Kali pertama aku check,doc hanya amik urine dan scan.Tiada tanda preggy tapi doc bagi ubat turun darah.Aku tak makan pun sebab aku biarkan dia turun naturally.Some said,kalau kau ambik kau akan sakit perut yang amat and bleeding more than usual.Ok..mak geli darah so nanti mak panik haru.Tu je.

So yesterday aku ke sana sebab nak check condition telur.Is it ok...and also nak check if ada sesuautu yang menggangu sistem reproduksi aku.Masuk2 je nurse amik BP pastu saat yang paling aku tak suka and segan..well i dont have to mention here because every woman akan tahulah prosedurnya.Bismillahirahmanirahim...aku panjat dalam hati..

Nurse and Doc tanya kalau aku pernah buat ujian pap smear.aku cakap tak pernah..So mereka decide untuk buat..tak lama pun nak amik sel tisu dalam rahim kita tapi masa dia tengah dok prepare barang tu..aku da cegil biji mata...Aku tak pernah tengok menatang tu so semalam aku tengok dah macam penyepit besi bulu mata org dok pakai tu tapi size besar.Gerun ah cite..tapi ok ok je.Semua wanita wajib buat benda ni untuk kesan sebarang penyakit lebih-lebih lagi dalam serviks kita.Take note.

Lepas dah ambil tisu Doc teruskan prosedur vaginal checking untuk lihat condition telur.Dia pon dok tunjuk kat aku..kat screen,
"Telur u ada..nampak ni..i move to the left side ya.."dia gerak-gerak aku tengokla..
"Yang mana dok..yang spot hitam tu ke?"
"Haa tu la..memang ada dalam rahim..ni rahim you...tapi telur you masih tak matang baru 0.9 saja..normal mesti 0.16."

oooo,,,aku cakap..dia kata this is common issue...30% wanita akan alami masalah ini.Dia kata aku ada imbalance hormone yang kalau aku tak jaga pemakanan dalam 2-3 tahun aku akan GEMUK!!!oooo..no no no..sounds scary..cukuplah aku pernah debab sekali dulu sampai berat cecah 64 kg..no way..Dia kata ini atas body sendiri..kena kontrol la dari segi pemakanan sebab hormon ni biasa..tu sebab sekarang aku amal GLA COMPLEX untuk bagi hormon jahat yang terlebih tu dibalancekan semula.

Doktor kata..takda apa-apa yang serius..semua ok..cuma telur tak matang..jadi dia akn bagi aku clomid untuk besarkan telur.Untuk yang da biasa makan,mesti tahu clomid ni apa.Selalu da setahun baru Dok akan bagi ubat ni..Nanti hari ke 12 selepas period,aku kena datang check sekali lagi untuk tengok telur sudah masak atau belum..so my intention this month adalah mengamalkan gaya hidup sihat dengan consume more fruits and vege..control carbo and exercise..supaya hormon aku tak mengganggu proses pengeluaran telur tu.InsyaAllah.

Dalam 10 hari lagi..kalau ada pape yang tidak best,mereka akan call untuk bagitahu ujian Pap smear aku tuh..tapi kalau mereka tak call maknanya aku ok.Berdebar pulak rasa.Moga everything is fine dan aku mampu memiliki si comel one day.So far..dok anggap takde apa-apa.Cuma masalah nak besarkan telur tu lah..Moga-moga dengan niat yang bersungguh ni,izin Allah bulan depan hendaknya telur tu akan membesar supaya peluang untuk aku preggy tu besar.

Rezeki di tangan Allah.Itu memang aku semat dalam hati.Apa yang patut aku buat sekarang adalah keep berusaha dan berusaha...Tiada yang mustahil lah dalam dunia ni..dengan izinNya.^_^ .Ok satu kaedah selesai.

Malam ni aku nak pergi KLINIK PERTAMA pulak...sebab Sabtu lepas aku buat full body check up.Da 2 tahun aku tak check paras gula,kolestrol and bla-bla...so resultnya da dapat hari ni..tapi mungkin petang atau malam baru pergi amik.Harapnya tiada masalah organ dalaman dan semuanya sihat-sihat belaka.Jaga kesihatan itu sangat-sangat penting dari semua perkara.

Jadikan pergi Klinik untuk pemeriksaan tu sebagai rutin.Jangan takut pergi Klinik/ Hospital...kita pergi Klinik tak bermakna kita ni sakit.Kita pergi untuk dapatkan nasihat dan pemeriksaan awal mampu mengubah hidup kita.Jangan lupa makan suppliment untuk bantu kondisi tubuh yang kekurangan zat galian.InsyaAllah..Niat itu la ibu segala perbuatan kita.Berniat baik..insyaAllah dapat yang baik


Love ~











April 23, 2013

Khalifah Kecil

Tepat 25 May 2013 ni.
Saya akan genap setahun melayari asam garam dalam berumahtangga..(walaupun rumah saya takda tangga).Pertama..
Saya pasti akan mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana dalam tempoh sekejap ini memberikan sy ruang dan peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan.Terima kasih Ya Allah.

Bila kita sudah berkahwin,wajib masyarakat bertanya.."Bila korg nak bertiga ni?".Baik..mari  sy kupaskan sedikit tentang isu ini...kerana sy tahu ada beribu-ribu manusia di luar sana mengalami dilema yang sama.Mari kita mulakan.

Sebelum tu,sy nak menerangkan kepada semua di luar sana,ingat satu ayat ini.Allah Maha Pencipta kita,tidak pernah menjanjikan umatnya akan dikurniakan zuriat..TETAPI Allah tidak akan sesekali menzalimi umatnya dengan tidak memakbulkan doa2 orang2 yang ikhlas berusaha.Fahamkan dan renungkan baik-baik.Sedangkan Nabi Zakaria yang isterinya tidak dapat mengandung dan Nabi Ayub diberi banyak dugaan sakit dan keluarga tetapi menempuhi setiap dugaan dengan usaha dan doa yang tidak henti sehingga Allah memakbulkan permintaan mereka.Apatah lagi kita,hanya manusia kerdil yang tidak setaraf menerima ujian Tuhan.Maka..Bertenang.

1.Usaha

Bila bercakap tentang usaha,mari saya kongsikan pengalaman berusaha saya untuk mendapatkan "little khalifah" yang diidamkan.Seawal 5 bulan pertama,saya memujuk hati untuk menunggu dahulu..maksudnya tidak melakukan banyak usaha keras dan hanya let go tentang keadaan ini.Selepas 6 bulan berakhir,saya terpaksa menekan "panic button" dan harus memikirkan solusi terbaik.

Selepas hari raya dalam bulan September atau November,sy berasa sedikit panik kerana selama 4 bulan saya mengalami masalah hormon yang tidak seimbang.Saya mula menggoogle dan mencari punca-punca kejadian.Dalam kajian saintifik mengatakan sesetengah pasangan akan mengalami masalah hormon apabila berkahwin kerana proses fitrah kehidupan itu sendirilah.(anda faham -fahamlah ).Jadi apa yang aku alami adalah pengaturan haid yang menjadi tunggang langgang.Dalam 4 bulan pertama aku mengalami period yang tidak betul iaitu datang lambat maksimum 2 minggu.Akibat panik (kerana sngt rare dtg lambat)saya telah pergi ke KLINIK WANITA IBU MENGANDUNG dekat cheras taman pertama.

Semua wanita akan mengalami ini bila buat scan perut dan vagina.Proses normal untuk mengetahui penyakit dan tanda-tanda mengandung.Malu.Sangat malu tapi tebalkan muka sebab untuk tahu punca.Selepas diperiksa,Doktor Oii kata saya mungkin mengalami masalah hormon tidak seimbang dan tertekan.Takde tanda atau black dalam rahim yang menunjukkan preggy dan hanya spot kecil yang dia kata berkemungkinan darah period akan turun dalam a few days.

"Macamana dengan rahim saya..ada pape yang bermasalah ke?" ya itu soalan aku.Doktor kata rahim saya normal.Tiada masalah.ok..aku lega.Doktor suruh saya dtg semula untuk check telur for next period but saya tak pergi dan saya tak makan pun ubat turun darah yang diberi sebab saya taknak ada side effect kata orang tak elok makan.Jadi saya tunggu saja dengan sabar.

Alhamdulillah pada November 2012 cycle period saya semakin teratur iaitu plus minus dalam 30 hari (sebab sy mmg x regular).Jadi dari November sampai bulan ni (Mac) cycle sy tak jauh dah kalau lambat pun sehari.Kadang-kadang sama date.Saya pun tak tahu since when dia dah stabil balik.

Semangat Saya  untuk berusaha lebih keras semakin menebal.Apa yang buatkan period sy ok sebab On November tu sy dah start amik "acid folic".Dulu aku takda pengetahuan so sy tak ambilla..lepas ambil on off kadang2 dalam sebulan sistem period sudah kembali baik.Asid Folic penting untuk bakal ibu dan ibu mengandung untuk elakkan kecacatan janin dan kuatkan rahim.

Apabila usaha sy tidak menjadi (dah mkn asid folic)sy teruskan pula dengan minum Susu Kambing.2 botol beli minum suami isteri.Diteruskan dengan makan buah kurma dan Buah delima.Masih tiada tanda,sy mencuba pula Vitamin dari Shaklee..sekarang sy consume beberapa makanan tambahan seperti Alfalfa dan  GLA Complex.(Langkah berusaha) dan hujung bulan ni akan tambah lagi dua iaitu Vitalea and B Complex.Sy juga mencuba satu botol Lumiglow untuk sapuan perut.Setiap pagi saya akan minum Pati Delima Gulsan juga disamping mengira dan membuat jadual ovulation time selain menjaga pemakanan asas yang melebihkan ikan atau sedikit daging dan mengurangkan pengambilan ayam..juga melakukan sedikit sebanyak rutin bersenam/membuat kerja rumah..

.2Doa

Sekarang...kepada hamba-hamba Allah yang bertanya...ini lah usaha saya yang bersifat fizikal.Apa yang baik saya cuba makan telan dan berniat.Daripada segi rohani saya  amalkan doa2 wajib selepas solat wajib dan baca beberapa potong ayat quran yang membantu rohani dan jasmani saya sepanjang dugaan ini.Antara doa yang memang rutin harian saya ,adalah doa ini :


selain itu saya banyak beristighfar dan amal zikir2 yang mudah dan menenangkan jiwa selain bersedekah mengikut kemampuan dan keikhlasan yang saya ada pada setiap Jumaat.InsyaAllah..

3.Tawakal

Ya..saya bertawakal.Setiap kali saya telan saya makan..saya berdoa..saya berniat itu saya bertawakal pada Allah.Lillahi Taala..Segala yang baik itu datang daripadaNya,dan yang buruk itu dari saya sendiri.Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik utnuk hambanya dan setiap dugaan dan ujian itu diimpa pada manusia yang dirasakan mampu memikulnya.Allahu Akhbar.

4.Gembiralah
Cubalah sehabis daya untuk bergembira walau dengan perkara yang kecil.Selama saya bekerja sebagai freelance di rumah,banyak cerita2 atau dokumentari insprational yang saya ikuti.Saya paling suka dengar rancangan dalam Oasis macam bersama Ustaz Kazem,Prof Muhaya ,Dr fadzillah Kamsah dan rancnagan tajwid Al Quran.Saya mengaku saya tak pandai sangat dalam bab baca syahdu-syahdu setakat baca bolehlah..tapi tajwid kadang2 merangkak jadi saya isi rohani saya dengan cerita2 ini supaya saya tidak terfikir-fikir setiap hari.Tapi benar ini merawat luka dan kesepian hati saya.

Setiap kali kit aingin terjatuh atau bakal terjatuh,ingatlah ini..


mudah-mudahan..dengan apa yang saya kongsikan ini dapat melegakan hati anda yang menanti seperti saya.Sesungguhnya ada orang yang ditimpa lebih berat ujiannya maka bersyukurlah kita kerana kenikmatan rezeki lain yang Allah berikan.Sentiasalah tersenyum dan istiqamah berusaha dan berdoa.Saya mendoakan anda yang membaca juga akan menerima berita baik selepas ini mudah mudahan.Doakan saya lebih baik daripada mengandai perkara yang tidak baik..Berhentilah daripada melemparkan kata2 sinis dan kurang elok pada orang lain dikhuatiri akan terpercik dalam kehidupan sendiri.Allah Maha Melihat.

Akhir salam,berpautlah pada tangan suami dan restu doa ibu bapa dan mertua kita.InsyaAllah akan sampai waktunya.Jangan lagi berduka dan ambil kesempatan ini untuk membetulkan perkara yang silap..

Aamin Ya Rabbal Al amin...^_^





Jodoh

It has been awhile...
I miss my blog..indeed.I start with new spirit.InsyaAllah.

Ulasan pertama terbit dari otak.Ringkas saja.Jodoh.
Menarik bunyinya.Pasangan sejoli yang sudah menikmati alam berumahtangga akan pasti ada cerita yang berpusing-pusing..menari-nari dan berguling-guling mungkin.Aku seorang yang realistik."Pendapat" akan berkata,
" Ya la bestlah kau dah kahwin..aku ni solo lagi"
kawan..kahwin ni memangla best.Bukan aku kata..tapi Tuhan sudah beri kita guidline dalam menempuh perkahwinan.Perkahwinan tak pernah salah..yang salah itu manusia.Kalau kau tak gembira itu bukan masalah Tuhan tapi masalah kau dan pasangan.Jangan salahkan takdir lagi sebab kau mampu mengubah takdir kalau kau faham benar erti menikmati hidup bersama.

Kalau kau mahu jodoh..mahu gembira...ini pesan aku kawan..
Dalam hayat kita,jangan memikirkan kesempurnaan.Kelak kau menonggeng jadi teruna terlajak atau anak dara tua.Relax..jangan marah aku.Dengar baik-baik.Darjat tidak akan membawa kau kemana-mana.Maksud aku kalau kau ada master..perlu ke kau cari master juga sebagai pasangan?Tepuk dada tanya selera.Kurangkan KPI lelaki dongeng yang kau idam atau KPI gadis melayu terakhir yang kau sanjung..maka kau akan melihat jelas pilihan yang lebih banyak..muka cantik tapi pemalas..muka biasa tapi warak..pandai tapi sombong..baik hati tapi panas baran..nah semua ada kelemahan cuma kau kena pandai memilih dan menerima setiap kelemahan itu berkadaran dengan sifat kau yang pun..tak sempurna..Bak kata tukang jahit,ukur baju di badan sendiri.jeling jeling pandang pandang kau bagaimana?

Kawan...memang ada jodoh tertera sudah dalam genggaman..waktu kita masih bayi..tapi Tuhan suruh kita berusaha..dan berdoa.Perbaiki diri dengan sesempurna yang mungkin pada Tuhan..insyaAllah yang kau dapat akan baik juga..tapi tidak semesti Tuhan beri kau orang2 yang baik..kalau kau memang baik.Kerana apa?Kerana Tuhan mahu uji kau..mahu kau jadi pembimbing ke arah kebaikan kepada pasangan.Kita tak tahu percaturan kita bagaimana...jadi kita lalui saja dengan doa setiap hari.

Di pengakhiran ini aku memohon pada Tuhan agar semua kawan-kawan aku dalam blog ni atau di luar sana di alam maya yang masih berasa jeles dan terfikir-fikir di mana jodoh aku,aku doakan kalian dengan sesuangguhnya kalian akan menerima berita baik kelak.Tiada orang dapat membantu kita melainkan diri kita sendiri.Nah cubalah amalkan doa ini moga-moga jodoh akan sampai pada kamu:(dipetik dari Surah An-Nur ayat 26 berbunyi).

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia

dan kalau susah sangat nak baca doa..berzikirlah banyak2..InsyaAllah.

A-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Amalkan sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. Baca berulang-ulang kali sepanjang anda duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah “Allahuakhbar”, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
(Untuk mempercepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya).
Wallahullam..ini hanya my 2 cents ilmu yang aku pelajari tapi..yang penting semua wajib berusaha!Aamiin¬










January 28, 2013

sometimes..we do over and over again things in life¬




i guess..this is my last post..before i jump to another serious blog...i don't know what to do with this blog after i get married..getting old..and dull..like nothing much to share.soon...my new blog will be my  business blog...i'm quite busy this year with personal project just now.I don't have time to write..and express feeling anymore..that's a bit weird....

again...i feel so bless.. and yes, listening Yamagata's song make me feel im in somewhere..alone.Peace and harmony..thank u gal..u always make my day¬

January 21, 2013

2013



i'll find the way...to do what i want in life..even it's harder..i promise..

September 23, 2012

jangan tidur lagi...bangun, jangan jadi sorang yang LOSER

semakin lama..
aku rasa blog ini semakin hilang arah tuju.Aku harus melakukan sesuatu,jika aku mahu kekal menjadi sesuatu yang terisi.

time is moving.
my life is still like that.

dalam ketercarian dan usaha mengubah nasib diri,aku terpegun dengan kata2 ini..membuat aku kembali bangun melawan hati.

dan aku terpalit dengan isinya.
dan aku rasa,aku berada di jalan yang betul...cuma aku harus lebih rajin mendalami.


kepada manusia2 yang masih tercari2 arah seperti aku..yang sedang berusaha teruskan usaha,dan pada manusia yang selalu memberi alasan untuk tidak keluar dr kepompong hidup..berharap jalan selalu selamat..ayuh,baca ini dan fikirkan,sampai bila?

kepada mereka yang hatinya sudah mati,aku sarankan pergi jauh2 dari blog ini..kerana apa yang kita percaya kita mampu lakukan,tapi menerima kritikan dr org lain dengan niat menjatuhkan,bunuh saja pemikiran itu.Move forward,dan percaya,nasib itu mampu diubah.Bukan ditakdirkan.Bukan semua begitu.