April 23, 2013

Jodoh

It has been awhile...
I miss my blog..indeed.I start with new spirit.InsyaAllah.

Ulasan pertama terbit dari otak.Ringkas saja.Jodoh.
Menarik bunyinya.Pasangan sejoli yang sudah menikmati alam berumahtangga akan pasti ada cerita yang berpusing-pusing..menari-nari dan berguling-guling mungkin.Aku seorang yang realistik."Pendapat" akan berkata,
" Ya la bestlah kau dah kahwin..aku ni solo lagi"
kawan..kahwin ni memangla best.Bukan aku kata..tapi Tuhan sudah beri kita guidline dalam menempuh perkahwinan.Perkahwinan tak pernah salah..yang salah itu manusia.Kalau kau tak gembira itu bukan masalah Tuhan tapi masalah kau dan pasangan.Jangan salahkan takdir lagi sebab kau mampu mengubah takdir kalau kau faham benar erti menikmati hidup bersama.

Kalau kau mahu jodoh..mahu gembira...ini pesan aku kawan..
Dalam hayat kita,jangan memikirkan kesempurnaan.Kelak kau menonggeng jadi teruna terlajak atau anak dara tua.Relax..jangan marah aku.Dengar baik-baik.Darjat tidak akan membawa kau kemana-mana.Maksud aku kalau kau ada master..perlu ke kau cari master juga sebagai pasangan?Tepuk dada tanya selera.Kurangkan KPI lelaki dongeng yang kau idam atau KPI gadis melayu terakhir yang kau sanjung..maka kau akan melihat jelas pilihan yang lebih banyak..muka cantik tapi pemalas..muka biasa tapi warak..pandai tapi sombong..baik hati tapi panas baran..nah semua ada kelemahan cuma kau kena pandai memilih dan menerima setiap kelemahan itu berkadaran dengan sifat kau yang pun..tak sempurna..Bak kata tukang jahit,ukur baju di badan sendiri.jeling jeling pandang pandang kau bagaimana?

Kawan...memang ada jodoh tertera sudah dalam genggaman..waktu kita masih bayi..tapi Tuhan suruh kita berusaha..dan berdoa.Perbaiki diri dengan sesempurna yang mungkin pada Tuhan..insyaAllah yang kau dapat akan baik juga..tapi tidak semesti Tuhan beri kau orang2 yang baik..kalau kau memang baik.Kerana apa?Kerana Tuhan mahu uji kau..mahu kau jadi pembimbing ke arah kebaikan kepada pasangan.Kita tak tahu percaturan kita bagaimana...jadi kita lalui saja dengan doa setiap hari.

Di pengakhiran ini aku memohon pada Tuhan agar semua kawan-kawan aku dalam blog ni atau di luar sana di alam maya yang masih berasa jeles dan terfikir-fikir di mana jodoh aku,aku doakan kalian dengan sesuangguhnya kalian akan menerima berita baik kelak.Tiada orang dapat membantu kita melainkan diri kita sendiri.Nah cubalah amalkan doa ini moga-moga jodoh akan sampai pada kamu:(dipetik dari Surah An-Nur ayat 26 berbunyi).

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia

dan kalau susah sangat nak baca doa..berzikirlah banyak2..InsyaAllah.

A-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Amalkan sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. Baca berulang-ulang kali sepanjang anda duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah “Allahuakhbar”, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
(Untuk mempercepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya).
Wallahullam..ini hanya my 2 cents ilmu yang aku pelajari tapi..yang penting semua wajib berusaha!Aamiin¬










No comments:

Post a Comment