April 24, 2013

Ujian PAP Smear & Ovum

Selamat Pagi Rabu.
Alhamdulillah masih dikejutkan oleh Malaikat untuk Subuh diiringi bantuan jam henset yang berdentung seawal 6.20 pagi.Lepas mandi aku dah tak boleh nak lelap mata..sebab da segar bugar.Korang dah Subuh belum?Cepat-cepat tunai kewajipan pada agama bukan je pada negara macam nak mengundi tu .^_^

Alkisah semalam aku masih didatangi sengal-sengal lenguh tak best di belakang pinggang bawah macam aku kena last 2 weeks.Lemah wooo rasanya...akibat kekeliruan,aku cuba amalkan Kalsium yang banyak dalam satu hari..Alhamdulillah ada sedikit perubahan tapi still kadang-kadang dia datang.Aku nak cita sikit bab kesihatan wanita termasuklah period.Bagi aku period is common issue yang international.Tak perlu nak rasa malu or segan nak cakap pasal hal ni sebab ini perkara kesihatan yang the whole world tahu dan alami kerana kejadian ni adalah fitrah manusia.Your mom,your sisters even your friends pun akan alami setiap bulan cuma when it comes,guys you should take note.Ada perkara yang besar menyumbang kepada mood mereka ni..termasuk aku..hehehe..

tapi bukan tu aku nak cerita.
Semalam..aku decide nak jumpa doktor Eee..doktor sama yang buat scan perut aku beberapa bulan lepas.Kali pertama aku check,doc hanya amik urine dan scan.Tiada tanda preggy tapi doc bagi ubat turun darah.Aku tak makan pun sebab aku biarkan dia turun naturally.Some said,kalau kau ambik kau akan sakit perut yang amat and bleeding more than usual.Ok..mak geli darah so nanti mak panik haru.Tu je.

So yesterday aku ke sana sebab nak check condition telur.Is it ok...and also nak check if ada sesuautu yang menggangu sistem reproduksi aku.Masuk2 je nurse amik BP pastu saat yang paling aku tak suka and segan..well i dont have to mention here because every woman akan tahulah prosedurnya.Bismillahirahmanirahim...aku panjat dalam hati..

Nurse and Doc tanya kalau aku pernah buat ujian pap smear.aku cakap tak pernah..So mereka decide untuk buat..tak lama pun nak amik sel tisu dalam rahim kita tapi masa dia tengah dok prepare barang tu..aku da cegil biji mata...Aku tak pernah tengok menatang tu so semalam aku tengok dah macam penyepit besi bulu mata org dok pakai tu tapi size besar.Gerun ah cite..tapi ok ok je.Semua wanita wajib buat benda ni untuk kesan sebarang penyakit lebih-lebih lagi dalam serviks kita.Take note.

Lepas dah ambil tisu Doc teruskan prosedur vaginal checking untuk lihat condition telur.Dia pon dok tunjuk kat aku..kat screen,
"Telur u ada..nampak ni..i move to the left side ya.."dia gerak-gerak aku tengokla..
"Yang mana dok..yang spot hitam tu ke?"
"Haa tu la..memang ada dalam rahim..ni rahim you...tapi telur you masih tak matang baru 0.9 saja..normal mesti 0.16."

oooo,,,aku cakap..dia kata this is common issue...30% wanita akan alami masalah ini.Dia kata aku ada imbalance hormone yang kalau aku tak jaga pemakanan dalam 2-3 tahun aku akan GEMUK!!!oooo..no no no..sounds scary..cukuplah aku pernah debab sekali dulu sampai berat cecah 64 kg..no way..Dia kata ini atas body sendiri..kena kontrol la dari segi pemakanan sebab hormon ni biasa..tu sebab sekarang aku amal GLA COMPLEX untuk bagi hormon jahat yang terlebih tu dibalancekan semula.

Doktor kata..takda apa-apa yang serius..semua ok..cuma telur tak matang..jadi dia akn bagi aku clomid untuk besarkan telur.Untuk yang da biasa makan,mesti tahu clomid ni apa.Selalu da setahun baru Dok akan bagi ubat ni..Nanti hari ke 12 selepas period,aku kena datang check sekali lagi untuk tengok telur sudah masak atau belum..so my intention this month adalah mengamalkan gaya hidup sihat dengan consume more fruits and vege..control carbo and exercise..supaya hormon aku tak mengganggu proses pengeluaran telur tu.InsyaAllah.

Dalam 10 hari lagi..kalau ada pape yang tidak best,mereka akan call untuk bagitahu ujian Pap smear aku tuh..tapi kalau mereka tak call maknanya aku ok.Berdebar pulak rasa.Moga everything is fine dan aku mampu memiliki si comel one day.So far..dok anggap takde apa-apa.Cuma masalah nak besarkan telur tu lah..Moga-moga dengan niat yang bersungguh ni,izin Allah bulan depan hendaknya telur tu akan membesar supaya peluang untuk aku preggy tu besar.

Rezeki di tangan Allah.Itu memang aku semat dalam hati.Apa yang patut aku buat sekarang adalah keep berusaha dan berusaha...Tiada yang mustahil lah dalam dunia ni..dengan izinNya.^_^ .Ok satu kaedah selesai.

Malam ni aku nak pergi KLINIK PERTAMA pulak...sebab Sabtu lepas aku buat full body check up.Da 2 tahun aku tak check paras gula,kolestrol and bla-bla...so resultnya da dapat hari ni..tapi mungkin petang atau malam baru pergi amik.Harapnya tiada masalah organ dalaman dan semuanya sihat-sihat belaka.Jaga kesihatan itu sangat-sangat penting dari semua perkara.

Jadikan pergi Klinik untuk pemeriksaan tu sebagai rutin.Jangan takut pergi Klinik/ Hospital...kita pergi Klinik tak bermakna kita ni sakit.Kita pergi untuk dapatkan nasihat dan pemeriksaan awal mampu mengubah hidup kita.Jangan lupa makan suppliment untuk bantu kondisi tubuh yang kekurangan zat galian.InsyaAllah..Niat itu la ibu segala perbuatan kita.Berniat baik..insyaAllah dapat yang baik


Love ~











No comments:

Post a Comment