April 23, 2013

Khalifah Kecil

Tepat 25 May 2013 ni.
Saya akan genap setahun melayari asam garam dalam berumahtangga..(walaupun rumah saya takda tangga).Pertama..
Saya pasti akan mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana dalam tempoh sekejap ini memberikan sy ruang dan peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan.Terima kasih Ya Allah.

Bila kita sudah berkahwin,wajib masyarakat bertanya.."Bila korg nak bertiga ni?".Baik..mari  sy kupaskan sedikit tentang isu ini...kerana sy tahu ada beribu-ribu manusia di luar sana mengalami dilema yang sama.Mari kita mulakan.

Sebelum tu,sy nak menerangkan kepada semua di luar sana,ingat satu ayat ini.Allah Maha Pencipta kita,tidak pernah menjanjikan umatnya akan dikurniakan zuriat..TETAPI Allah tidak akan sesekali menzalimi umatnya dengan tidak memakbulkan doa2 orang2 yang ikhlas berusaha.Fahamkan dan renungkan baik-baik.Sedangkan Nabi Zakaria yang isterinya tidak dapat mengandung dan Nabi Ayub diberi banyak dugaan sakit dan keluarga tetapi menempuhi setiap dugaan dengan usaha dan doa yang tidak henti sehingga Allah memakbulkan permintaan mereka.Apatah lagi kita,hanya manusia kerdil yang tidak setaraf menerima ujian Tuhan.Maka..Bertenang.

1.Usaha

Bila bercakap tentang usaha,mari saya kongsikan pengalaman berusaha saya untuk mendapatkan "little khalifah" yang diidamkan.Seawal 5 bulan pertama,saya memujuk hati untuk menunggu dahulu..maksudnya tidak melakukan banyak usaha keras dan hanya let go tentang keadaan ini.Selepas 6 bulan berakhir,saya terpaksa menekan "panic button" dan harus memikirkan solusi terbaik.

Selepas hari raya dalam bulan September atau November,sy berasa sedikit panik kerana selama 4 bulan saya mengalami masalah hormon yang tidak seimbang.Saya mula menggoogle dan mencari punca-punca kejadian.Dalam kajian saintifik mengatakan sesetengah pasangan akan mengalami masalah hormon apabila berkahwin kerana proses fitrah kehidupan itu sendirilah.(anda faham -fahamlah ).Jadi apa yang aku alami adalah pengaturan haid yang menjadi tunggang langgang.Dalam 4 bulan pertama aku mengalami period yang tidak betul iaitu datang lambat maksimum 2 minggu.Akibat panik (kerana sngt rare dtg lambat)saya telah pergi ke KLINIK WANITA IBU MENGANDUNG dekat cheras taman pertama.

Semua wanita akan mengalami ini bila buat scan perut dan vagina.Proses normal untuk mengetahui penyakit dan tanda-tanda mengandung.Malu.Sangat malu tapi tebalkan muka sebab untuk tahu punca.Selepas diperiksa,Doktor Oii kata saya mungkin mengalami masalah hormon tidak seimbang dan tertekan.Takde tanda atau black dalam rahim yang menunjukkan preggy dan hanya spot kecil yang dia kata berkemungkinan darah period akan turun dalam a few days.

"Macamana dengan rahim saya..ada pape yang bermasalah ke?" ya itu soalan aku.Doktor kata rahim saya normal.Tiada masalah.ok..aku lega.Doktor suruh saya dtg semula untuk check telur for next period but saya tak pergi dan saya tak makan pun ubat turun darah yang diberi sebab saya taknak ada side effect kata orang tak elok makan.Jadi saya tunggu saja dengan sabar.

Alhamdulillah pada November 2012 cycle period saya semakin teratur iaitu plus minus dalam 30 hari (sebab sy mmg x regular).Jadi dari November sampai bulan ni (Mac) cycle sy tak jauh dah kalau lambat pun sehari.Kadang-kadang sama date.Saya pun tak tahu since when dia dah stabil balik.

Semangat Saya  untuk berusaha lebih keras semakin menebal.Apa yang buatkan period sy ok sebab On November tu sy dah start amik "acid folic".Dulu aku takda pengetahuan so sy tak ambilla..lepas ambil on off kadang2 dalam sebulan sistem period sudah kembali baik.Asid Folic penting untuk bakal ibu dan ibu mengandung untuk elakkan kecacatan janin dan kuatkan rahim.

Apabila usaha sy tidak menjadi (dah mkn asid folic)sy teruskan pula dengan minum Susu Kambing.2 botol beli minum suami isteri.Diteruskan dengan makan buah kurma dan Buah delima.Masih tiada tanda,sy mencuba pula Vitamin dari Shaklee..sekarang sy consume beberapa makanan tambahan seperti Alfalfa dan  GLA Complex.(Langkah berusaha) dan hujung bulan ni akan tambah lagi dua iaitu Vitalea and B Complex.Sy juga mencuba satu botol Lumiglow untuk sapuan perut.Setiap pagi saya akan minum Pati Delima Gulsan juga disamping mengira dan membuat jadual ovulation time selain menjaga pemakanan asas yang melebihkan ikan atau sedikit daging dan mengurangkan pengambilan ayam..juga melakukan sedikit sebanyak rutin bersenam/membuat kerja rumah..

.2Doa

Sekarang...kepada hamba-hamba Allah yang bertanya...ini lah usaha saya yang bersifat fizikal.Apa yang baik saya cuba makan telan dan berniat.Daripada segi rohani saya  amalkan doa2 wajib selepas solat wajib dan baca beberapa potong ayat quran yang membantu rohani dan jasmani saya sepanjang dugaan ini.Antara doa yang memang rutin harian saya ,adalah doa ini :


selain itu saya banyak beristighfar dan amal zikir2 yang mudah dan menenangkan jiwa selain bersedekah mengikut kemampuan dan keikhlasan yang saya ada pada setiap Jumaat.InsyaAllah..

3.Tawakal

Ya..saya bertawakal.Setiap kali saya telan saya makan..saya berdoa..saya berniat itu saya bertawakal pada Allah.Lillahi Taala..Segala yang baik itu datang daripadaNya,dan yang buruk itu dari saya sendiri.Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik utnuk hambanya dan setiap dugaan dan ujian itu diimpa pada manusia yang dirasakan mampu memikulnya.Allahu Akhbar.

4.Gembiralah
Cubalah sehabis daya untuk bergembira walau dengan perkara yang kecil.Selama saya bekerja sebagai freelance di rumah,banyak cerita2 atau dokumentari insprational yang saya ikuti.Saya paling suka dengar rancangan dalam Oasis macam bersama Ustaz Kazem,Prof Muhaya ,Dr fadzillah Kamsah dan rancnagan tajwid Al Quran.Saya mengaku saya tak pandai sangat dalam bab baca syahdu-syahdu setakat baca bolehlah..tapi tajwid kadang2 merangkak jadi saya isi rohani saya dengan cerita2 ini supaya saya tidak terfikir-fikir setiap hari.Tapi benar ini merawat luka dan kesepian hati saya.

Setiap kali kit aingin terjatuh atau bakal terjatuh,ingatlah ini..


mudah-mudahan..dengan apa yang saya kongsikan ini dapat melegakan hati anda yang menanti seperti saya.Sesungguhnya ada orang yang ditimpa lebih berat ujiannya maka bersyukurlah kita kerana kenikmatan rezeki lain yang Allah berikan.Sentiasalah tersenyum dan istiqamah berusaha dan berdoa.Saya mendoakan anda yang membaca juga akan menerima berita baik selepas ini mudah mudahan.Doakan saya lebih baik daripada mengandai perkara yang tidak baik..Berhentilah daripada melemparkan kata2 sinis dan kurang elok pada orang lain dikhuatiri akan terpercik dalam kehidupan sendiri.Allah Maha Melihat.

Akhir salam,berpautlah pada tangan suami dan restu doa ibu bapa dan mertua kita.InsyaAllah akan sampai waktunya.Jangan lagi berduka dan ambil kesempatan ini untuk membetulkan perkara yang silap..

Aamin Ya Rabbal Al amin...^_^





No comments:

Post a Comment