May 28, 2013

Entry kali ni aku nak cite pasal kesinambungan cerita usaha untuk khalifah kecil.Ahaa..hujung bulan 4 aku dah stop amik GLA and Alfalfa...sebab nak beri laluan CLomid yang aku dapat daripada Doktor EE.Lepas je aku datang bulan on April,hari ke 2 aku dinasihatkan makan ubat tu untuk mengembangkan telur.Was-was juga pada mulanya sebab dengar feedback yang macam-macam daripada orang2 yang pernah makan..tapi kalau aku tak makan sampai bila-bilalah telur aku kecik.Kalau kecik camane sperm nak nak bertemu untuk proses seterusnya.

Maka..aku abaikan segala kerisauan di hati.Aku pun telan 10 biji selama 5 hari.So far takde side effect lagi.2 minggu lepas makan clomid aku takda selera makan..rasa cam malas nak makan walau perut lapar.Berat pun turun 2 kg.Aku happyla kan!Apa yang kau rasa cuma loya2 sikit..and ade rasa pahit2 dalam mulut.Yang lain ok.Takdelah pening2 sangat..so far ok.Tapi masuk minggu ke 3..aku cam rasa lapar..tapi tetap cuba kontrol la..minum air suam banyak2...cover lapar.

Alkisahnya hari ke 12 doktor buat appoinment untuk aku datang semula buat TVS.Nak check perkembangan telur lepas makan ubat.So semalam selepas menunggu 3 jam dekat Klinik ibu bersalin,aku pun dapat masuk.Berdebar jugak hati.Harapla ada berita baik.Doktor EE pon buat prosedur TVS.Dia tunjuk kat aku.
"Ni rahim you..ok..ni selaput rahim you"
aku pon tak paham..selaput rahim..ok.dia pon sambung :
"Selaput rahim you 6.4 bla bla bla...mm..not so bad"
.dia kata at least kena 6.Aku pon iyakan jela..pastu dia scan sebelah kanan..aku tak berapa nampak.Ada dot-dot kecik.Dok kata..
"Mm..you telur ada...tapi kecik..tak matang"
Aku cam frust skit.Pastu aku tanya..
"Doktor..kenapa telur saya jadi camtu?kecik?"
"Badan youla..hormon you..."

ok..masalah hormon telah merencatkan pembesaran telur.Sad.Tiba2 Doktor EE arah ke belah kiri
"Haaa....nampak tu"
"yang mana dok"
"Tu..yang hitam besar tu"
aku da senyum lebar...Alhamdulillah!
"yang besar cantik tu ...ada satu dekat rahim sebelah kiri you.Bagus..very good.Maknanya clomid tu beri kesan pembesaran telur you..ada effect yang baik"

Dia halakan scanner ke telur dan bacaan diameter aku mencecah 19.4.Aamin.Cukup matang untuk disenyawakan jika bertemu dengan sperm.

Aku senyum.Aamin.
Jadi Doktor EE da beri jadual la untuk aku menjalankan kewajipan sebagai isteri dan suami.Dia kata agak bagus .Kemudian dia cakap kita cuba dulu.Tengok keadaan you bulan ni.Jika tiada masalah dengan izin Allah insyaAllah jika sampai masa aku boleh preggy.

Tapi smeua ni rezeki.Kena tengok dulu.Kalau this time aku masih tak berjaya,Doktor akan teruskan beri second cycle untuk on CLOMID..kalau tak berjaya juga doktor akan mula start check tiup fallopian..takut tersumbat...Dan kalau smeua prosedur ni aku da lalui,telur da cantik,tiup normal..masih xpreggy barulah dok EE akan amik sample sperm dari suami.

Doa aku...buat masa ni,berharap...tiup fallopian dalam keadaan normal..dan boleh membenarkan sperm berlari2 girang bertemu ovum yang bulat cantik tu.Cuma aku tak begitu berharap tinggi tapi meneruskan untuk  menjaga kesihatan..dan berehat secukupnya.Nak jadi cerita,balik kampung haritu,tiba-tiba sepupu suami..isteri dia Kak Intan bagi aku buah zuriat.Buah yang da lama aku nak beli tapi tak beli-beli.Moga-moga ini beri petanda baik.Moga doa aku dimakbulkan.So malam ni baru nak try rebus..

Aku sibukkan diri dengan banyak kerja-kerja lain so aku memang tak terfikir sngt tentang khalifah kecil sebab semuanya rezeki Allah Taala.

Yang penting,aku bebas daripada sebarang penyakit wanita mcm pcos,cyst atau endo.Doktor kata rahim ok takda apa2.Aamin Ya rabbal al Amin.Alhamdulillah.Ujian pap smear haritu pon dah dapat result.Normal.Ok.Jadi sekarng kita tunggu je dengan sabar..setiap ketentuan Allah.

Oklah..tu je cerita pasal proses usaha aku...yang penting bersyukur dengan setiap pemberian.Makcik di kampung pesan..

"banyakkan bersedekah..inysaAllah berkat dan doa termakbul"
Aku pegang pesannya..memang setiap Jumaat aku bersedekah di Masjid/surau..dan kalau ada anak2 kecil baru lahir,bersedekah pada mereka..jugak pada anak2 yatim.InsyaAllah aku cuba bersedekah apa yang aku mampu...Ilmu pun satu sedekah.Aku pun tak lokek kalau ada orang tanya aku pasal nak mula bisnes macamane..ad ayang tanya..aku beriotahu apa yang aku tahu dan fikir.

Kawan-kawan yang abca blog ni..doakan usaha aku dna suami mendapat keberkatan dari yang Esa.=)

ok chow!nak buat kerja kawen!

2 comments:

  1. Marlia,
    Kita berdoa dan tawakkal. Ada rezeki tak kemana. Lagipun dah usahakan. Cuma, boleh share sikit macam mana nak buat appointment dgn doctor utk check thp kesihatan kita? Eni pun belum ada rezeki anak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk..kita minta maaf sb jarang online mihmih..meh kita jawab..pergi je klinik kesihatan kerajaan atau nak fast result pergi private..kita pg klinik wanita kat umah ni jer..dia link hospital pantai..masa mula2 kita pergi kita cakap nak check rahim dulu..bila rahim ok,bebas,baru buat tvs..kena pergi laki bini..nti ade sperm test..tp hubby kita lom wat lg sperm test..klu kami berdua bebas n normal..will considering try other step..

      Delete