December 21, 2011

Nama Saya Azam


tak lama lagi.
2012 akan menjelma.Tingal seminggu daripada tarikh.more less.

Nampaknya,bila tahun baru menjelma,orang pun sibuk berlumba-lumba nak buat azam.Azamla sngt kan.Doa jela yer azam korang taun ni tercapai dengan jayanya.Huhu.Mari tanya azam aku.Apa azam aku ya?Sebab 2011 ni aku rasa cam banyak je buat dosa kan,so azam 2012 nak kurangkan buat dosa kecil dan jauhkan dosa besar.

Dosa kita..banyak sangat ni.Kurangkan cakap pasal orang..kurangkan mengumpat walau memberikan fakta (aiyark..sabar ya),kurangkan sifat iri hati yang berlebihan..yang lagha tapi pupuk sikap menerima.Itu mungkin akan ambil masa untuk melakukannya sebab kita tak sedar dalam diam kita telah melakukannya.Maka,ujung tahun ni istiqamah dan reflect semula segala kejadian.

ok,azam nk kuruskan badan untuk sihat sudah tercapai.Tidakla skinny sangat kan sekarang,masih solid lagik.wek.Azam 2012 nak jadik isteri orang.dan miliki keluarga sendiri.boleh?

yaa..boleh..diizinkan Tuhan,pasti akan jadi kenyataan tidak lama lagi.Kemudian,daripada segi kerjaya,aku mahu lebih berjaya..lebih diiktiraf dan diterima dan bergaji lebih selesa untuk tampung hidup berkeluarga.Semoga ada jalan rezeki yang baik untuk aku.

daripada segi agama,aku ada azam.Aku mahu hafal beberapa surah2 penting untuk bekalan harian,dan aku nak kerap baca Al-Quran.Ni bukan tipu,tapi niat aku yang betul2..Kalau boleh nak hafaz satu Al-Quran,wah tingginya cita-cita..takpe,slow2 ya..satu2...aku tak kisah orang nak cakap apa,tapi itu azam aku,mahu belajar lagik ilmu yang aku tak tahu.Kadang2 kita lupa.selalu lupa walau kita da belajar dulu.mm..sedih..sebab jarang sangat baca Quran,selalu kalau kita bole spend baca buku tebal2..atau selak majalah tak de faedah,kita takde nak buka selai Quran.Sedihkan??

Kemudian daripada segi pakaian,azam aku,aku mahu mula untuk melimitkan baju2 yang aku pakai.kalau sebelum ni aku slumber je pakai lengan pendek tanpa inner,(yela..kdg aku ni kasar kan..cam slumber2 gitu)so aku akan start pakai,and kalau dulu tudung asyik nampak dada,skg,da skit2 melabuhkannya ke bawah..dan cuba tuk pakai yg loose2 skit..tidak secara drastik,tapi ku lakukan ini kerana aku mula sedar,apa guna aku berhijab tapi seperti bertelanjang?Bergaya?masih bergaya,tapi aku sudah dropkan percentnya.Termasuk juga mekap di muka.sekarang aku da xpakai mekap sngt.cuma lipstik dan krim..lain plain.sebab salah satunya,pakai mekap ni leceh bila nak solat.so baik xpayah pakai.kan?

Azam seterusnya,aku harap dapat jadi kawan,isteri dan teman yang baik untuk bakal aku.Menjadi seorang isteri ni besar tanggungjawabnya..salah perlakuan,suami tak tego,suami disabitkan kesalahan

hurm.
meniti hari-hari dengan penuh tolak dan campur.Jalan aja.Semoga azam aku terlaksana dgn jaya dan bukan hangat2 taik ayam!!!no no no...xmo..betul ni,nak cuba..dalam proses mencuba..wah,tak sabar nak jadikMasterchef di hati encik tunang.Maklumlah,suka memasak..dan ni la waktunya nak tunjuk skill sebab kat rumah selalu kene marah dgn mak sebab mak selalu xbagi masak..(mak xnk org lain campur dlm dapo sebab mak gila masak).sedihkan????

xperla.
apa aku membebel ni mcm xde kaitan jer.
azam.tula azam aku.

**jeles tgk kawan da 5 bulan pregnant..wahh..teruja kau tau, nak ade anak sendiri??Hormon terlebih.erk!tgk gmbar Google kt atas,cute kan!!!**

3 comments:

  1. Bulan 5 next year ke Marlia kawen? Tahniah in advance eh...HEHEHE....(jeles gak tgk kengkawan batch kite ramai da kawen...huhu)

    ReplyDelete