December 19, 2011

Hold My Hands


from goggle


Beberapa hari yang lepas,sempat jemari menggodek Youtube.Terdetik di hati kecil mencari sesuatu untuk menjadi santapan hati.Dalam realiti hari ini,aku telah berjumpa dengan ramai orang yang bercakap bagus dalam meletakkan diri dalam pendekatan agama.Ada pula yang memang bijak tapi hanya berdiam diri.

Bagi aku,ceritanya mudah.Masa kita masih kecil,mak abah tak paksa kita pakai tudung,sebab katanya kita belum baligh dan dosa ditanggung mereka.tapi,walau kita tak berhijab,mak abah kata kalau da datang bulan,jadi gadis sempurna,mak abah kata wajib berhijab.Kita pon tanya.Kenapa?Kenapa perlu berhijab?Sebagai umi dan abi yang baik,mereka akan terangkan sebab musababnya sehingga si Abi berkata,

"Allah mewajibkan satu garisan.Siapa kita hambanya yang memandai mahu memadamkan garisan itu?Seperti kamu,abah kata jangan main hujan.kenapa?sebab nanti demam.kamu sudah tau pengakhirannya bakal demam teruk,tapi kamu pergi juga main hujan.Akibatnya ,benar kamu demam.Tidakkah ayat berbentuk larangan adalah benda yang ditegah,jangan,kerana sudah ditetapkan sebabnya?"

kalau begitu halnya,apabila perkara itu WAJIB,sudah pasti seluruh umat ISLAM yang dilahirkan sempurna Islamnya oleh ibu dan ayah mana mungkin tidak tahu bahawasanya berhijab itu wajib?Jadi,timbul disini sesetengah orang Islam yang penuh ilmu agama tetapi tidak menggunakannya ke jalan sepatutnya.Ini amat merugikan.Lebih mudah membawa orng2 yang ilmunya zero ke jalan yang betul,kerana dia mahu belajar.Mengakui kesilapan diri dan meminta diberi petunjuk.Tidak berasa malu mahu menuntut ilmu yang baik.

Aku mengakui,aku memakai hijab ketika berumur 7 tahun kerana terpengaruh melihat kakak yang pakai cantik semuanya.Ya,pakai ketika itu kerana terpengaruh.tetapi tidak begitu konsisten.kadangkala di luar aku tak pakai,sehingga aku mencapai umur 10 tahun,aku mula kerap menjaga mahkota ini.sehingga lama kelamaan aku rasa semakin selesa memakainya,dan tidak rasa seperti bertelanjang.Benar,ini bukan cerita rekaan,aku rasa seperti togel.Seperti orang memandang dan memberi reaksi yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.Malu.ya.

Kemudian Solat.Tahu bahawa solat itu wajib.Ibu dan ayah selalu berpesan,sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan,tapi kenapa banyak betul jin dan syaitan dalam tubuh?Kenapa begitu berat sekali kita mahu melakukannya.Aku akui,kerana aku melaluinya dulu.Kau tahu dosa yang kau tanggung bukan sebesar biji lada,tapi besar zarahnya.Kerana apa?Kerana kau tidak pernah ada rasa takut yang sbenar benarnya.Dan ingatlah,kerna itu terjadi situasi dimana walau kau bersolat 5 kali sehari,tetapi kau masih berhubungan sulit dgn bukan mahram.Kerana apa?kerana hati kau melakukan solat kerana terpaksa dan diwajibkan mak ayah kepada kau..bukan kerana Tuhan.

Buatla sesuatu kerana Allah.Kata Wardina Saffiyah dalam satu rancangan,maksudnya lebih kurg camni:
"Allah dah sebut,jika kita cuba menasihati seseorang,walau dia tau,kita cakap macamana pun,Allah da pekakkan telinga,butakan mata dan bisukan mulut dr berkata2 atau menerima apa2 yang baik"

jadik,walau dia tahu banyak perkara itu wajib,dia masih tidak melakukannya,maka itu adalah kesilapan hati kerasnya sendiri.Solat diterima atau tidak,itu adalah kerja Tuhan,apa yang penting,kita sebagai hamba mencuba untuk memperbaiki diri.Aku tidak malu untuk mengatakan aku mahu belajar lebih banyak lagi.Aku sesekali tidak mahu tunjuk baik atau pandai,kerna itu aku gembira jika ada yang menegur atau memberitahu apa yang baik aku perlu buat.Aku cuba untuk melakukannya,dan cuba menerimanya,seperti kata seorang ustaz,sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi nasihat yang baik kepada sahabatnya.Juga yang mendoakan sahabatnya berubah dalam diam.

Aku masih suka dengan musik seperti biasa.
Aku masih ada keinginan duniawi yang lain,tapi aku sudah mula menghadkan sesetengah perkara ke atas diri aku,untuk aku reflect dan ask myself,which one is more important?Kalau aku mau cerita mesti orang tak mahu percaya..tapi cukuplah aku katakan,seperti ada sesuatu yang selama ni hilang dalam diri aku.Dan ini kejujuran paling telus dapat aku sampaikan.Kau berasa satu perasaan dimana kau meronta2 mahu berbuat sesuatu tapi niat kau seperti dihalang.

Alhamdulillah,atas kesabaran dan kekuatan aku hadapi juga semua ni.Berpegang teguh dan percaya bahawa ini semua permainan syaitan yang sudah berjanji akan menyesatkan anak adam sehingga hari kiamat.Apabila tiba masa,hati kau sudah tak mampu terima keburukan,kau akan mula mencari siapa diri kau.Kau mula mencari kebenaran.Kau akan slowly kembali pada apa yang sepatutnya kau kembali.

tidak salah mengakui kau menyesali kesilapan besar atau kecil,dan mahu kembali,daripada terus hanyut,atau tahu tapi tidak melakukan.Wallahullam.

No comments:

Post a Comment