May 28, 2013

Entry kali ni aku nak cite pasal kesinambungan cerita usaha untuk khalifah kecil.Ahaa..hujung bulan 4 aku dah stop amik GLA and Alfalfa...sebab nak beri laluan CLomid yang aku dapat daripada Doktor EE.Lepas je aku datang bulan on April,hari ke 2 aku dinasihatkan makan ubat tu untuk mengembangkan telur.Was-was juga pada mulanya sebab dengar feedback yang macam-macam daripada orang2 yang pernah makan..tapi kalau aku tak makan sampai bila-bilalah telur aku kecik.Kalau kecik camane sperm nak nak bertemu untuk proses seterusnya.

Maka..aku abaikan segala kerisauan di hati.Aku pun telan 10 biji selama 5 hari.So far takde side effect lagi.2 minggu lepas makan clomid aku takda selera makan..rasa cam malas nak makan walau perut lapar.Berat pun turun 2 kg.Aku happyla kan!Apa yang kau rasa cuma loya2 sikit..and ade rasa pahit2 dalam mulut.Yang lain ok.Takdelah pening2 sangat..so far ok.Tapi masuk minggu ke 3..aku cam rasa lapar..tapi tetap cuba kontrol la..minum air suam banyak2...cover lapar.

Alkisahnya hari ke 12 doktor buat appoinment untuk aku datang semula buat TVS.Nak check perkembangan telur lepas makan ubat.So semalam selepas menunggu 3 jam dekat Klinik ibu bersalin,aku pun dapat masuk.Berdebar jugak hati.Harapla ada berita baik.Doktor EE pon buat prosedur TVS.Dia tunjuk kat aku.
"Ni rahim you..ok..ni selaput rahim you"
aku pon tak paham..selaput rahim..ok.dia pon sambung :
"Selaput rahim you 6.4 bla bla bla...mm..not so bad"
.dia kata at least kena 6.Aku pon iyakan jela..pastu dia scan sebelah kanan..aku tak berapa nampak.Ada dot-dot kecik.Dok kata..
"Mm..you telur ada...tapi kecik..tak matang"
Aku cam frust skit.Pastu aku tanya..
"Doktor..kenapa telur saya jadi camtu?kecik?"
"Badan youla..hormon you..."

ok..masalah hormon telah merencatkan pembesaran telur.Sad.Tiba2 Doktor EE arah ke belah kiri
"Haaa....nampak tu"
"yang mana dok"
"Tu..yang hitam besar tu"
aku da senyum lebar...Alhamdulillah!
"yang besar cantik tu ...ada satu dekat rahim sebelah kiri you.Bagus..very good.Maknanya clomid tu beri kesan pembesaran telur you..ada effect yang baik"

Dia halakan scanner ke telur dan bacaan diameter aku mencecah 19.4.Aamin.Cukup matang untuk disenyawakan jika bertemu dengan sperm.

Aku senyum.Aamin.
Jadi Doktor EE da beri jadual la untuk aku menjalankan kewajipan sebagai isteri dan suami.Dia kata agak bagus .Kemudian dia cakap kita cuba dulu.Tengok keadaan you bulan ni.Jika tiada masalah dengan izin Allah insyaAllah jika sampai masa aku boleh preggy.

Tapi smeua ni rezeki.Kena tengok dulu.Kalau this time aku masih tak berjaya,Doktor akan teruskan beri second cycle untuk on CLOMID..kalau tak berjaya juga doktor akan mula start check tiup fallopian..takut tersumbat...Dan kalau smeua prosedur ni aku da lalui,telur da cantik,tiup normal..masih xpreggy barulah dok EE akan amik sample sperm dari suami.

Doa aku...buat masa ni,berharap...tiup fallopian dalam keadaan normal..dan boleh membenarkan sperm berlari2 girang bertemu ovum yang bulat cantik tu.Cuma aku tak begitu berharap tinggi tapi meneruskan untuk  menjaga kesihatan..dan berehat secukupnya.Nak jadi cerita,balik kampung haritu,tiba-tiba sepupu suami..isteri dia Kak Intan bagi aku buah zuriat.Buah yang da lama aku nak beli tapi tak beli-beli.Moga-moga ini beri petanda baik.Moga doa aku dimakbulkan.So malam ni baru nak try rebus..

Aku sibukkan diri dengan banyak kerja-kerja lain so aku memang tak terfikir sngt tentang khalifah kecil sebab semuanya rezeki Allah Taala.

Yang penting,aku bebas daripada sebarang penyakit wanita mcm pcos,cyst atau endo.Doktor kata rahim ok takda apa2.Aamin Ya rabbal al Amin.Alhamdulillah.Ujian pap smear haritu pon dah dapat result.Normal.Ok.Jadi sekarng kita tunggu je dengan sabar..setiap ketentuan Allah.

Oklah..tu je cerita pasal proses usaha aku...yang penting bersyukur dengan setiap pemberian.Makcik di kampung pesan..

"banyakkan bersedekah..inysaAllah berkat dan doa termakbul"
Aku pegang pesannya..memang setiap Jumaat aku bersedekah di Masjid/surau..dan kalau ada anak2 kecil baru lahir,bersedekah pada mereka..jugak pada anak2 yatim.InsyaAllah aku cuba bersedekah apa yang aku mampu...Ilmu pun satu sedekah.Aku pun tak lokek kalau ada orang tanya aku pasal nak mula bisnes macamane..ad ayang tanya..aku beriotahu apa yang aku tahu dan fikir.

Kawan-kawan yang abca blog ni..doakan usaha aku dna suami mendapat keberkatan dari yang Esa.=)

ok chow!nak buat kerja kawen!

Honeymoon & Kerja Kawen

Aku rindu mahu menulis..again,bila menulis perlu ada kekuatan dan emosi yang benar.Jika tidak penulisan akan nampak kosong dan tidak bermaya.Itulah yang terjadi.Kemayaan yang dahsyat aku alami.Sindrom MALAS.memang tak dapat dikawal.

25 hb Mei lalu..aku dengan gembiranya mengistiharkan hari anniversary yang pertama.Aku buat parti sikit2 kat rumah sambut berdua..Ade pe hal kan..makan kek batik berduaan..hehehe...



luckly rumah aku da aku decorate jadi studio..memang konsep rumah aku suka dua konsep.sebab rumah aku kecik dan comel so aku turn out jadi boutique studio..kalau dpt rumah besar sendiri nanti baru buat ala2 boutique ho0tel..cozy2 skit..
Anyway..hari jumaat sampai Ahad aku berada di Melaka..berhoneymoon katanya...moga honeymoon best ni membawa berita gembira selain merapatkan lagi hubungan kami sebagai suami isteri.I love him..Thank you hubby sebab melayan aku macam puteri.Ada banyak gambar belum edit and upload..nantilah aku upload..kalau rajin.heheeh....Kitorang stay dekat Majestic Hotel satu malam merasa nak duduk hotel 5 bintang sekali sekala.Sehari pon jadilah kan..memang sangat best...tipt top service..patutla org tak berkira nak spend more..sebab memang satisfied.Lepas kawen kami takde pergi honeymoon  yang betul2 jauh..jadi ni adalah mini honeymoon ktrg lah..
tu cerita honeymoon.

Last week aku mendapat rahmat rezeki Allah untuk buat PELAMIN and DECO untuk wedding seorang hamba Allah kawan kepada sister aku.Khabarnya dia nak kahwin Bulan November ni..so aku sedikit busy menyediakan konsep dan alat-alat mini PELAMIN..dan kerana marketing  strategy aku telah berjaya membuat beliau ambil byk package dari aku.Aku punya package ni affordable..simple and sweet..kalau nak megah2 sila pergi professional boutique lah..So this will be my PRECIOUS BABY lah untuk kerjaya aku sebagai wedding planner soon.Aku ni kan fleksibel..semua pon aku nak buat..dan mampu buat.Alhamdulillah ada rezeki sikit..barakah tu penting.
so pakej yang dia amik 
-mini pelamin nikah (xnak sanding katanya)
-photobooth and guestbook area
-sewa veil
-bilik tidur
-handbouquet
hantaran dia my isiter yang buat.Jadi sekarnag tengah menyiapkan beberapa bunga dan alat2 lain.Aku juga sudah menerima tempahan daripada kawan AP117 aku cik Illi Izzati untuk handbouquet bulan 2 nanti..InsyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk smeua client aku.
Jadi dengan sukacitanya aku nak launch projek kawen kecik-kecik aku untuk budget bride/simple bride dengan nama :



diharap sesiapa yang nak tunang atau nikah perlu majlis yang simple sweet and lain skit konsepnya..boleh placing kat email ni..nanti kita reply.leeyamorphosis@gmail.com.Nanti soon da ade a few project aku akan launch new blog untuk kerja kawen.Oklah tu adalah perancangan masa untuk mase depan.moga dapat memberikan kepuasan dan kegembiraan untuk client aku tuh.

do support me!love
xoxo!


May 3, 2013

kisah merepek

hujan.lebat benar hujan rahmat turun jumaat ni..dan aku ambil kesempatan ni untuk menulis tatkala menunggu azan maghrib..well da seminggu lpas checking doc gnae haritu so far aku tak terima panggilan dari drg so i assume i was ok..itu yg mereka kata klau tak kol u r fine.amin.

pejam celik da masuk may.teringat may lepas yg mana hujan bulannya aku bersanding di pelaminan indah..i couldn't believe the time running so fast..melayari alam rumahtangga selama setahun ni not so bad..memandangkan aku da kenal hubby ku terlalu lama so xde byk masalah sngt..mmg la ada smtimes we fight but it's just a small matter yg kita mudah jernihkan kembali.

anyway sejak kawen aku da eksperimen mcm2 food and yes im proud to be myself..semua food tu xpernah masak masa muda remaja tgk and santap je tau..hehe..bkn sb aku xske atau xmahu tp my mum x allow..tp tgk kami sume ok je bila da kawen :) 

new food da try nasi tomato...yeay jadik...hubby ske sngt nasi ayam n nasi lemak aku..okla tu dia suka sb mat cerewet mmg susah nk please!hehe..sbnarnya aku xtau nk merepek psl apa ni sb xde mood best nk karang..chow dulu la nk solat.assalamualaikum!